Dengan keluarnya ES6 dan versi Javascript yang terbaru, terdapat banyak methods/functions yang dikeluarkan dan menambahkan lagi kehebatan Javascript itu sendiri. Sebagai contoh, terdapat methods baru untuk array dan juga string termasuklah spread operators umpamanya.

Walaupun begitu, Javascript masih lagi memerlukan library utiliti seperti Lodash sebab terdapat banyak methods berguna yang tiada dalam Javascript yang baru.

Dalam artikel ini, kita akan lihat berberapa methods daripada Lodash yang akan memudahkan pembangunan seperti times, get, debounce, deburr, dan keyBy.

_.times

Method _.times membantu kita untuk memanggil fungsi dalam beberapa kali, dan meletakkan result-nya dalam bentuk array.

Ia memerlukan dua argumen iaitu yang pertama adalah integer (fungsi ingin dipanggil berapa kali) dan yang kedua adalah fungsi itu sendiri.

Sebagai contoh:

import * as _ from "lodash";

const getRandomInteger = () => Math.round(Math.random() * 100);
let result = _.times(5, getRandomInteger);
console.log(result);

Dan kita akan dapat result seperti berikut:

[16, 83, 35, 87, 41]

Terdapat pelbagai method yang boleh digunakan dalam Lodash yang boleh digunakan untuk membantu pembangunan sistem anda. Boleh ke https://lodash.com/ untuk dapatkan butiran lebih lanjut.